Praktis Formatif 2.6 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 2


Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan oleh makanan kesihatan? Berikan satu contoh makanan kesihatan.

Jawapan:
Makanan kesihatan merupakan bahan makanan semula jadi yang terkandung dalam gizi normal yang mengekalkan kesihatan dan tidak mempunyai bahan kimia yang biasanya digunakan dalam teknologi pemprosesan makanan.
Contoh: oren, tomato, halia

Soalan 2:
Apakah yang dimaksudkan oleh suplemen kesihatan? Berikan satu contoh suplemen kesihatan.

Jawapan:
Suplemen kesihatan merupakan bahan nutrien yang diambil dalam bentuk kapsul, pil, cecair dan serbuk dalam dos yang tertentu.
Contoh: vitamin C, serbuk protein

Soalan 3:
Nyatakan badan kerajaan yang menjaga keselamatan makanan kebangsaan dan yang meluluskan pemasaran suplemen kesihatan dan ubat tradisional di Malaysia.

Jawapan:
Kementerian Kesihatan Malaysia

Soalan 4:
Apakah akta yang telah digubal di Malaysia untuk melindungi kebajikan pengguna terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan berkaitan dengan makanan?

Jawapan:
Akta Makanan 1983

Leave a Comment