Praktis Formatif 4.1 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:
Berikan satu contoh tindak balas cepat dan satu contoh tindak balas perlahan dalam kehidupan harian.

Jawapan:
Contoh tindak balas cepat: Pembakaran lilin

Contoh tindak balas perlahan: Fotosintesis

(terima mana-mana jawapan yang sesuai)


Soalan 2:
Takrifkan kadar tindak balas.

Jawapan:
Kadar tindak balas ialah perubahan kuantiti bahan tindak balas atau hasil tindak balas per unit masa.


Soalan 3:
Rajah 1 menunjukkan graf isi padu gas hidrogen yang terbebas melawan masa.


Hitung kadar tindak balas purata:
(a) dalam 2 minit yang pertama
(b) dalam minit yang kedua
(c) keseluruhan bagi tindak balas ini


Jawapan:
(a)
Kadar tindak balas purata dalam 2 minit yang pertama
= (600)  cm 3 120 s = 60  cm 3 120 s =0.50  cm 3 s -1

(b)
Kadar tindak balas purata dalam minit kedua
= (6040)  cm 3 (12060) s = 20  cm 3 60 s =0.33  cm 3 s -1

(c)
Kadar tindak balas purata keseluruhan tindak balas
= 65  cm 3 150 s =0.43  cm 3 s -1

Leave a Comment