Praktis Formatif 2.1 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 2

Soalan 1:
(a) Apakah konsep yang diterapkan oleh Pinggan Sihat Malaysia? Terangkan konsep tersebut.

(b) Apakah kepentingan konsep yang dinyatakan dalam soalan 1(a)?

Jawapan:
(a)
Konsep Pinggan Sihat Malaysia bermaksud suku bahagian pinggan diisi dengan sumber karbohidrat, suku pinggan diisi dengan sumber protein dan separuh pinggan lagi diisi dengan buah dan sayur.

(b)
Konsep Pinggan Sihat Malaysia membantu pengambilan gizi seimbang yang diperlukan oleh individu untuk mengelakkan masalah obesiti yang akan membawa pelbagai penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis.

Soalan 2:
(a) Apakah yang dimaksudkan oleh nilai kalori bagi sesuatu makanan?

(b) Namakan alat yang digunakan untuk mengukur nilai kalori dalam makanan.

(c) Tulis formula pengiraan nilai kalori dalam sampel makanan yang diukur dengan alat dalam soalan 2(b).

Jawapan:
(a)
Nilai kalori (atau nilai tenaga) bagi sesuatu makanan ialah jumlah tenaga yang dibebaskan daripada pengoksidaan atau pembakaran 1 g makanan tersebut dengan lengkapnya.

(b)
Kalorimeter bom

(c)

Soalan 3:
(a) Berikan satu kesan pengambilan jumlah kalori yang tidak cukup.

(b) Berikan satu kesan pengambilan jumlah kalori yang berlebihan.

Jawapan:
(a) Kurang berat badan

(b) Berlebihan berat badan atau obes

Soalan 4:
Terangkan bagaimana pengambilan jumlah kalori seseorang individu dipengaruhi oleh:
(a) restoran yang beroperasi sepanjang masa
(b) restoran makanan segera

Jawapan:
(a) Waktu pemakanan yang tidak sewajarnya

(b) Hidangan makanan yang tidak mengikut gizi seimbang dan nilai kalori yang diperlukan.

Leave a Comment