Praktis Sumatif 12 (Soalan 1 & 2) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 12


Soalan 1:
Gambar foto 1 menunjukkan sebuah stesen jana kuasa nuklear yang dibina di sebuah negara.


Gambar foto 1

(a) Nyatakan dua buah negara selaku pengguna utama tenaga nuklear di dunia.

(b) Berdasarkan jawapan anda dalam soalan 1(a), apakah kegunaan tenaga nuklear di negara itu?

(c) Nyatakan dua kelebihan sumber tenaga nuklear.


Jawapan:
(a)
Perancis, Slovakia

(b)
• Perancis menggunakan tenaga nuklear untuk penjanaan tenaga elektrik ke sebahagian besar negaranya

• Slovakia menjanakan pendapatan negara melalui pembekalan tenaga elektrik hasil daripada stesen jana kuasa nuklear ke negara jiran

(c)
• Dapat menghasilkan jumlah tenaga yang amat besar berbanding dengan sumber tenaga lain

• Membebaskan jumlah gas rumah hijau yang sedikit berbanding dengan sumber tenaga yang lain.

• Kos penyelenggaraan yang murah secara tidak langsung mengukuhkan ekonomi negara
(mana-mana dua)


Soalan 2:
Rajah 1 menunjukkan salah satu tindak balas nuklear.

Rajah 1

(a) Namakan tindak balas nuklear itu.

(b) Berdasarkan Rajah 1, terangkan tindak balas nuklear itu.

(c) Apakah yang akan berlaku jika tindak balas itu tidak dikawal dengan baik?


Jawapan:
(a)
Pembelahan nukleus

(b)
Pembelahan nukleus berlaku apabila satu neutron berhalaju rendah membedil satu nukleus radioaktif yang berat dan menyebabkan nukleus terbelah kepada dua nukleus yang lebih ringan dan lebih stabil serta berlaku pembebasan tenaga yang banyak.

(c)
Kadar tindak balas nuklear terlampau tinggi dan boleh menyebabkan letupan.

Leave a Comment