Praktis Formatif 6.2 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 6

Soalan 1:
Nyatakan dua parameter yang boleh digunakan untuk mengukur kadar pertumbuhan manusia.

Jawapan:
Dua parameter yang digunakan untuk mengukur kadar pertumbuhan manusia:
• berat
• ketinggian

Soalan 2:
Huraikan bentuk lengkung pertumbuhan bagi lelaki dan perempuan.

Jawapan:
Kadar pertumbuhan lelaki adalah berbeza daripada pertumbuhan perempuan.

Pada peringkat bayi hingga peringkat kanak-kanak: Tumbesaran adalah sama.

Pada umur 4 tahun: Lelaki membesar lebih cepat.

Pada umur 12-14 tahun: Perempuan membesar lebih cepat.

Selepas umur 14 tahun: Lelaki membesar lebih cepat.

Soalan 3:
Huraikan kesan gizi makanan terhadap kadar pertumbuhan secara ringkas.

Jawapan:
Gizi makanan mempengaruhi pertumbuhan seseorang individu. Gizi seimbang membekalkan keperluan nutrien secukupnya untuk pertumbuhan dan pembahagian sel.

Soalan 4:
Bagaimanakah kadar pertumbuhan dapat diukur?

Jawapan:
Kadar pertumbuhan dapat diukur menggunakan parameter ketinggian atau jisim badan. Graf ketinggian atau jisim badan melawan masa boleh diplotkan untuk melihat kadar pertumbuhan.

Leave a Comment