Praktis Formatif 4.6 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:
Rajah di bawah menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh Mariam dan ayahnya.


Apakah kebaikan aktiviti yang dilakukan oleh mereka? Jelaskan jawapan anda menggunakan konsep Teknologi Hijau.

Jawapan:
• Aktiviti yang dilakukan oleh Mariam dapat mengurangkan masalah pemanasan global. Pokok-pokok menyerap karbon dioksida semasa proses fotosintesis dan membebaskan gas oksigen. Semakin banyak jumlah pokok yang ada, semakin tinggi jumlah karbon dioksida yang berjaya diserap oleh pokok.

• Amalan berkongsi kereta adalah baik untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida oleh kenderaan. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kesan rumah hijau.


Soalan 2:
Pada pandangan anda, apakah kesan kepada alam sekitar apabila kita mengamalkan Teknologi Hijau?

Jawapan:
Penghasilan gas rumah hijau berkurangan, alam semula jadi terpelihara, mengelakkan berlakunya perubahan iklim yang ekstrem.

Leave a Comment