Praktis Sumatif 11 (Soalan 3 – 5) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 11

Soalan 3:
Rajah 2 ialah graf yang menunjukkan gerakan sebuah kereta.


Berdasarkan graf di atas,

(a) apakah yang mewakili pecutan dalam graf di atas?

(b) berapakah pecutan kereta tersebut dari masa 0 saat hingga 5 saat?

(c) tentukan jumlah sesaran yang dilalui oleh kereta tersebut.

Jawapan:
(a) Kecerunan graf

(b) 20 m s–1 ÷ 5 s = 4 m s–2

(c) ½ × (30 s + 15 s) × 20 m s–1 = 450 m

Soalan 4:
Rajah 3 ialah graf yang menunjukkan gerakan objek P dan objek Q yang dilepaskan secara serentak.


(a) Berdasarkan kecerunan graf P dan Q, yang manakah menunjukkan nilai pecutan yang lebih tinggi pada saat ke 6? Jelaskan jawapan anda.

(b) Tentukan kecerunan P dari 0 saat hingga 8 saat.

Jawapan:
(a)
P kerana nilai kecerunannya lebih besar berbanding dengan Q. Nilai kecerunan mewakili nilai pecutan.

(b)
20 m s–1 ÷ 8 s = 2.5 m s–2

Soalan 5:
Rajah 4 menunjukkan satu keratan pita detik yang panjangnya 16 cm.


Diberi masa di antara dua titik yang berturutan ialah 0.02 saat.

(a) Tentukan halaju bagi keratan pita detik di atas.

(b) Tentukan nilai pecutan bagi pita detik di atas.
Jelaskan jawapan anda.

Jawapan:
(a)
16 cm ÷ 0.2 s = 80 cm s–1

(b)
0 cm s–2/ sifar. Hal ini kerana halaju pita detik adalah malar.

Leave a Comment