Praktis Formatif 1.2 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 1


Soalan 1:
Asri ingin membuang asid hidroklorik pekat dengan pH 3 ke dalam singki tetapi telah dihalang oleh Selvi. Adakah betul tindakan yang dilakukan oleh Selvi? Mengapa?

Jawapan:
Betul, kerana asid hidroklorik yang mempunyai pH 3 ialah asid pekat yang boleh membahayakan hidupan.


Soalan 2:
Tandakan (✓) bagi bahan yang boleh dibuang ke dalam singki.

Air suling (   ) Asid pekat   (   )   Bahan radioaktif  (   )

Jawapan:
Air suling  ( ✓ )
Asid pekat  ( )
Bahan radioaktif  ( )

Soalan 3:
Terangkan cara pelupusan bangkai secara ringkas.

Jawapan:
Bangkai perlulah dibalut dalam bahan penyerap (kertas tisu), dibungkus dengan rapi dalam beg plastik biobahaya dan disejuk beku. Bekas atau beg perlu disimpan di tempat yang selamat pada suhu sejuk beku seperti peti sejuk atau bilik sejuk beku sehingga diambil oleh kontraktor terpilih.


Soalan 4:
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya termometer di dalam makmal pecah?

Jawapan:
(i) Segera maklumkannya kepada guru atau pembantu makmal

(ii) Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan

(iii) Tabur serbuk sulfur untuk menutupi kawasan tumpahan

(iv) Hubungi Jabatan Bomba

Leave a Comment