Praktis Sumatif (Soalan 1 & 2) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 8


Soalan 1:
Gambar foto 1 menunjukkan dua jenis bahan.


(a) Nyatakan jenis zarah yang membentuk:
(i) garam
(ii) gula

(b) Berikan dua contoh lain bahan yang terbentuk daripada jenis zarah yang sama seperti garam dan gula.

(c) Berikan dua contoh bahan yang unsur oksigen wujud sebagai molekul dan ion.


Jawapan:
(a)(i) Garam: zarah ion

(a)(ii) Gula: zarah molekul

(b)
Zarah ion: batu marmar / air kapur / asid / alkali
Zarah molekul: karbon dioksida / oksigen / nitrogen / naftalena / alkohol

(c)
Molekul: gas oksigen / gas karbon dioksida / gas sulfur dioksida
Ion: zink oksida / ferum oksida


Soalan 2:
Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur Moden.


P, Q, R, S, T dan U ialah huruf-huruf yang digunakan bagi mewakili unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden dan bukan merupakan simbol sebenar unsur tersebut.

(a) Bagaimanakah unsur disusun dalam Jadual Berkala Unsur Moden?

(b) Unsur manakah yang berada dalam kumpulan yang sama?

(c) Unsur manakah yang wujud sebagai atom yang stabil? Jelaskan jawapan anda.

(d) Suatu unsur mempunyai nombor nukleon 32 dan nombor proton 16. Di manakah kedudukannya dalam Jadual Berkala Unsur Moden?

(e) Nyatakan susunan elektron bagi unsur-unsur berikut:
(i) P
(ii) Q
(iii) T


Jawapan:
(a)
Unsur disusun mengikut tertib menaik nombor proton merentasi kala dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

(b)
P dan U

(c)
Unsur R.
Unsur R telah mencapai susunan elektron oktet pada petala terluar.

(d)
Kumpulan 16, Kala 3

(e)(i)
P: 2.1

(e)(ii)
Q: 2.7

(e)(iii)
T: 2.8.3

Leave a Comment