Praktis Formatif 3.3 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 3

Soalan 1:
Apakah maksud tekanan darah?

Jawapan:
Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan oleh darah pada dinding salur darah semasa peredaran darah.

Soalan 2:
Apakah alat yang digunakan untuk menyukat tekanan darah?

Jawapan:
Sfigmomanometer

Soalan 3:
Nyatakan langkah-langkah untuk mengukur tekanan darah.

Jawapan:
Pesakit perlu berada dalam keadaan tenang. Dia mestilah duduk pada kerusi dengan tegak. Letakkan tangan pesakit di atas meja, pasang sfigmomanometer pada lengan pesakit. Ambil bacaan setelah kedengaran bunyi “Bip”.

Soalan 4:
Apakah kesannya jika anda menghidapi penyakit tekanan darah tinggi?

Jawapan:
Boleh menyebabkan penyakit serius terutamanya strok.

Soalan 5:
Berikan empat langkah pencegahan awal untuk mengelakkan tekanan darah tinggi.

Jawapan:
• Makan makanan seimbang
• Melakukan senaman berkala
• Sentiasa berfikiran positif
• Sentiasa memeriksa tekanan darah secara berkala dan konsisten
• Menguruskan tekanan

Leave a Comment