Praktis Formatif 8.2 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 8



8.2 Jadual Berkala Unsur Moden
Soalan 1:
Nyatakan kedudukan unsur-unsur berikut dalam Jadual Berkala Unsur Moden.
(a) Litium
(b) Argentum
(c) Helium
(d) Aurum


Jawapan:
(a) Kumpulan 1, Kala 2
(b) Kumpulan 11, Kala 5
(c) Kumpulan 18, Kala 1
(d) Kumpulan 11, Kala 6


Soalan 2:
Berikan dua contoh unsur yang berada dalam Kumpulan 17.

Jawapan:
Fluorin/Klorin/Bromin/Iodin/Astatin
(mana-mana dua)


Soalan 3:
Unsur M mempunyai nombor proton 19. Berdasarkan Jadual Berkala Unsur Moden, nyatakan nama unsur M.

Jawapan:
Kalium


Soalan 4:
Unsur N ditempatkan dalam Kumpulan 15 dan Kala 3 dalam Jadual Berkala Unsur Moden.
Apakah susunan elektron bagi atom unsur N?

Jawapan:
2.8.5


Soalan 5:
Dengan memberikan contoh yang sesuai, nyatakan pembentukan ion positif dan ion negatif daripada atom unsurnya.

Jawapan:
• Ion negatif terbentuk daripada atom unsur yang menerima elektron daripada unsur lain. Sebagai contoh, atom klorin menerima satu elektron daripada atom unsur lain dan membentuk ion klorida.

• Ion positif terbentuk daripada atom unsur yang menderma atau membebaskan elektron kepada atom unsur lain. Sebagai contoh, atom natrium menderma satu elektron kepada atom unsur lain dan membentuk ion natrium.

Leave a Comment