Praktis Formatif 11.4 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 11


11.4 Jisim dan Inersia

Soalan 1:
Nyatakan maksud inersia dan berikan dua contoh inersia yang berlaku dalam kehidupan harian.

Jawapan:
Inersia ialah sifat semula jadi sesuatu objek yang cenderung menentang sebarang perubahan keadaan asal objek dalam keadaan pegun atau sedang bergerak.
Contoh inersia:
• mengeringkan payung yang basah dengan memutarkannya dengan laju kemudian berhenti seketika.
• badan pemandu terhumban ke hadapan apabila brek kereta ditekan secara tiba-tiba.

Soalan 2:
Nyatakan hubungan antara jisim dengan inersia.

Jawapan:
Semakin besar jisim, semakin besar inersia.

Leave a Comment