Praktis Formatif 5.4 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 5



5.4 Lemak
Soalan 1:
Apakah lemak?

Jawapan:
Lemak ialah sejenis sebatian karbon organik yang mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen.


Soalan 2:
Namakan satu contoh lemak dan sumbernya.

Jawapan:
Mentega daripada susu lembu


Soalan 3:
Nyatakan satu persamaan dan satu perbezaan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu.

Jawapan:
Persamaan:
Sebatian organik yang mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen.

Perbezaan:
Sumber lemak tepu ialah haiwan manakala sumber lemak tak tepu ialah tumbuhan.


Soalan 4:
Nyatakan tiga masalah kesihatan yang disebabkan oleh pengambilan makanan yang mengandungi lemak berlebihan.

Jawapan:
Jaundis, hipertensi atau tekanan darah tinggi, trombosis, strok, serangan jantung
(mana-mana tiga)

Leave a Comment