Praktis Formatif 5.3 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 5



5.3 Alkohol
Soalan 1:
Apakah alkohol?

Jawapan:
Alkohol merupakan sebatian karbon organik yang mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen.


Soalan 2:
Bagaimanakah alkohol disediakan?

Jawapan:
Alkohol dapat disediakan melalui proses penapaian dengan menggunakan tindakan yis terhadap makanan yang mengandungi glukosa atau kanji seperti gula, anggur, epal, tebu, beras, gandum,
ubi dan barli.


Soalan 3:
Apakah tujuan penyulingan dalam proses penyediaan alkohol melalui penapaian glukosa?

Jawapan:
Mengasingkan etanol daripada campuran hasil penapaian glukosa.


Soalan 4:
Nyatakan dua kegunaan alkohol dalam kehidupan harian.

Jawapan:
Pelarut bahan organik, antiseptik


Soalan 5:
Mengapakah memandu dalam keadaan mabuk yang disebabkan oleh pengambilan alkohol secara berlebihan adalah suatu kesalahan lalu lintas yang serius?

Jawapan:
• Menyebabkan kemalangan jalan raya
• Menyebabkan kematian
• Membahayakan pengguna jalan raya yang lain

Leave a Comment