Praktis Formatif 5.3 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 5

5.3 Mutasi
Soalan 1
:

Apakah mutasi?

Jawapan:
Mutasi ialah perubahan yang berlaku secara spontan dan rawak pada gen atau kromosom, yang boleh menyebabkan perubahan ciri kepada anak yang mewarisi bahan genetik terubah suai tersebut.

Soalan 2:
Senaraikan tiga faktor yang menyebabkan mutasi.

Jawapan:
Sinaran radioaktif, sinar-X dan bahan kimia toksik.

Soalan 3:
Senaraikan kebaikan dan keburukan penyelidikan genetik.

Jawapan:
Kebaikan penyelidikan genetik:
(i) dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia seperti dalam bidang sains forensik, terapi gen dan genealogi genetik.
(ii) hasil penyelidikan genetik membantu meningkatkan hasil tanaman dalam masa yang singkat.

Keburukan penyelidikan genetik:
(i) pengubahsuaian genetik secara tidak beretika seperti membuat senjata biologi yang boleh membahayakan manusia.
(ii) penyelidikan genetik yang menghasilkan spesies baharu akan menyebabkan spesies asal pupus.

Soalan 4:
Apakah masalah yang timbul jika etika dan nilai-nilai murni tidak diamalkan dalam penyelidikan genetik?

Jawapan:
Kehidupan manusia dan alam sekitar akan terancam.

Leave a Comment