Praktis Formatif 5.2 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 5


5.2 Hidrokarbon
Soalan 1
:

Apakah hidrokarbon?

Jawapan:
Hidrokarbon ialah sebatian karbon organik yang terdiri daripada unsur karbon dan hidrogen sahaja.


Soalan 2:
Nyatakan satu persamaan dan satu perbezaan antara hidrokarbon tepu dengan hidrokarbon tak tepu.

Jawapan:
Persamaan:
Hidrokarbon tepu dan hidrokarbon tak tepu mempunyai unsur karbon dan hidrogen.

Perbezaan:
Hidrokarbon tepu mempunyai ikatan kovalen tunggal di antara atom karbon dengan atom karbon manakala hidrokarbon tak tepu mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan
kovalen ganda dua di antara atom karbon dengan atom karbon atau ikatan ganda tiga di antara atom karbon dengan atom karbon.


Soalan 3:
Namakan satu gas yang dihasilkan oleh pereputan sisa makanan untuk menjanakan tenaga elektrik.

Jawapan:
Gas metana

Leave a Comment