11.3 Pecutan Graviti dan Jatuh Bebas
Soalan 1:
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
(a) Jatuh bebas ialah satu gerakan sesuatu jasad yang dipengaruhi oleh daya ___________ sahaja.
(b) Bukan jatuh bebas ialah satu gerakan jasad yang dipengaruhi oleh rintangan _______________.
(c) ___________ ialah pecutan yang terhasil daripada tindakan daya graviti terhadap satu jasad ke arah pusat Bumi.
Jawapan:
(a) graviti
(b) udara
(c) Pecutan graviti

Soalan 2:
Graf di bawah menunjukkan keadaan jatuh bebas bagi suatu objek.

Terangkan graf ini.
Jawapan:
• Sebelum dilepaskan, sesaran objek adalah sifar. Objek berada dalam keadaan pegun.
• Sebaik-baik sahaja objek itu dilepaskan, objek itu bergerak dengan halaju yang kecil.
• Hal ini dapat dilihat melalui nilai kecerunan yang kecil.
• Pada saat akhir ketika objek itu sedang jatuh bebas, objek itu bergerak dengan halaju yang lebih besar daripada awal tadi.
• Hal ini dapat dilihat melalui nilai kecerunan graf yang lebih besar.