Sains SPM 2019, Kertas 2 (Soalan 9)


Soalan 9:
Rajah 8.1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan turas warna ke atas cahaya
putih.
Rajah 8.1

(a) Berdasarkan Rajah 8.1,
(i) apakah cahaya berwarna yang kelihatan pada skrin putih? [1 markah]
(ii) jika turas warna biru digantikan dengan turas warna kuning, apakah cahaya berwarna yang kelihatan pada skrin putih? [1 markah]

(b) Rajah 8.2 menunjukkan sumber cahaya biru dan sumber cahaya hijau yang dipancarkan kepada skrin putih.
Rajah 8.2

(i) Apakah cahaya berwarna yang kelihatan pada N? [1 markah]
(ii) Namakan proses penghasilan cahaya berwarna pada N. [1 markah]

(c) Rajah 8.3 menunjukkan seorang ahli silap mata membuat persembahan di atas pentas.
Cahaya berwarna hijau dipancarkan ke atas ahli silap mata tersebut.

Rajah 8.3

Apakah warna yang kelihatan pada tuksedo dan seluar ahli silap mata tersebut? [2 markah]
(i)  Tuksedo : ……………………..
(ii) Seluar     : ……………………..

Jawapan:
(a)(i) Biru

(a)(ii) Kuning

(b)(i) Sian

(b)(ii) Penambahan cahaya berwarna

(c)(i) Hijau

(c)(ii) Hitam

Leave a Comment