Sains SPM 2019, Kertas 2 (Soalan 8)



Soalan 8:
Rajah 7 menunjukkan kariotip bagi seorang kanak-kanak perempuan yang mengalami suatu mutasi kromosom.

Rajah 7

(a) Berdasarkan Rajah 7,
(i) nyatakan bilangan kromosom. [1 markah]
(ii) namakan penyakit genetik yang dihidapi oleh kanak-kanak perempuan tersebut. [1 markah]

(b) Nyatakan satu ciri fizikal kanak-kanak perempuan tersebut. [1 markah]

(c) Sindrom Klinefelter adalah sejenis penyakit genetik yang disebabkan oleh jenis mutasi yang sama seperti dalam Rajah 7. 
Tanda (√) maklumat yang betul bagi sindrom Klinefelter. [2 markah]
  • Mempunyai kromosom seks XO    (     )
  • Mempunyai kromosom seks XXY   (     )
  • Seorang lelaki                                 (     )
  • Seorang wanita                               (     )
(d) Buta warna dan hemofilia adalah penyakit genetik yang dikawal oleh gen resesif pada kromosom X. Penyakit ini disebabkan oleh mutasi M.
Namakan mutasi M. [1 markah]


Jawapan:
(a)(i) 47

(a)(ii) Sindrom Down

(b) Kerencatan akal / Mata berjauhan / Mata serong / Lidah terjelir

(c)
  • Mempunyai kromosom seks XXY   (  √  )
  • Seorang lelaki                                 (  √  )
(d) Mutasi gen

Leave a Comment