Sains SPM 2018, Kertas 2 (Soalan 1 & 2)

Soalan 1:
Seorang murid menjalankan eksperimen untuk mengkaji kekuatan regangan bagi dua jenis bahan. Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 menunjukkan keputusan eksperimen tersebut.



(a)
Berdasarkan Rajah 1.1 dan Rajah 1.2, namakan bahan yang mempunyai kekuatan regangan yang tinggi. [1 markah]

(b)
 Nyatakan satu pemboleh ubah dimanipulasikan bagi eksperimen ini. [1 markah]

(c)
 Nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini. [1 markah]

(d)
 Karbon adalah suatu bahan bukan logam. Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi bukan logam. [1 markah]

(e)
 Tandakan ( √ ) bagi bahan yang mempunyai ciri yang sama seperti bahan pada Rajah 1.1. [1 markah]



Jawapan:
(a) Kuprum

(b) Jenis bahan

(c) Logam mempunyai kekuatan regangan yang tinggi berbanding bukan logam

(d) Bukan logam ialah bahan yang mudah patah

(e) Timah

Leave a Comment