Sains SPM 2017, Kertas 2 (Soalan 4)


Soalan 4:
Rajah 4.1 dan Rajah 4.2 menunjukkan susunan radas bagi satu eksperimen untuk mengkaji ketertempaan bahan yang berbeza dengan mengetuk bahan tersebut menggunakan penukul.
Rajah 4.1


Rajah 4.2

(a) Berdasarkan Rajah 4.1,
(i) Nyatakan satu pemerhatian dalam eksperimen ini. [1 markah]
(ii) Nyatakan satu inferens bagi jawapan anda di 4(a)(i). [1 markah]

(b) Nyatakan pemboleh ubah bergerak balas dalam eksperimen ini. [1 markah]

(c) Tandakan (√) pada kotak yang disediakan bagi bahan yang mempunyai ciri yang sama dengan bahan dalam Rajah 4.2. [1 markah]
Besi      [    ]
Sulfur   [    ]

(d) Kuprum adalah logam. Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi logam. [1 markah]


Jawapan:
(a)(i) Blok kuprum berubah menjadi kepingan kuprum dengan mengetuknya menggunakan  penukul.

(a)(ii) Kuprum boleh ditempa.

(b) Kebolehtempaan bahan

(c) Sulfur

(d) Logam ialah bahan yang boleh berubah bentuk apabila diketuk.

Leave a Comment