Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 5 – Pembahagian Sel (Soalan Subjektif 1)


Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan peringkat pembahagian sel.

(a)(i) Namakan jenis pembahagian sel yang ditunjukkan dalam Rajah 1. [1 markah]
 
(ii) Berikan sebab kepada jawapan anda di (a)(i). [1 markah]

(b) Susun peringkat pembahagian sel P, Q, R dan S mengikut urutan yang betul dalam petak yang disediakan. [1 markah]

(c)(i) Namakan struktur W. [1 markah]

(ii) Berapakah bilangan struktur W dalam setiap sel pada peringkat P? [1 markah]

(d) Apakah yang akan berlaku kepada struktur W jika didedahkan kepada sinaran radioaktif? [1 markah]


Jawapan:
(a)(i)
Mitosis

(a)(ii)
Sel anak mempunyai bilangan kromosom yang sama dengan sel induk.

(b)


(c)(i)
kromosom

(c)(ii)
46

(d)
Mutasi mungkin berlaku



Soalan 2:
Rajah 2 menunjukkan suatu proses pembahagian sel. Kromosom pada peringkat B tidak ditunjukkan.



(a)(i) Namakan jenis proses yang ditunjukkan pada Rajah 2. [1 markah]
 
(ii) Nyatakan kepentingan proses di (a)(i). [1 markah]

(b)(i) Semasa peringkat C, kromosom terletak pada khatulistiwa.
   Apakah yang berlaku kepada kromosom semasa peringkat ini? [1 markah]
 
(ii) Apakah kesan proses di (b)(i) ke atas anak? [1 markah]

(c) Pada Rajah 2, lukis kromosom pada peringkat B. [1 markah]

(d) Berapakah bilangan sel anak yang terhasil di akhir Pembahagian II pada Rajah? [1 markah]


Jawapan:
(a)(i)
Meiosis

(a)(ii)
Penghasilan gamet

(b)(i)
Pindah silang

(b)(ii)
Variasi

(c)


(d)
4 bilangan sel anak dihasilkan



Leave a Comment