Sains SPM 2018, Kertas 2 (Soalan 3 & 4)

Soalan 3:
Rajah 3 menunjukkan dua jenis rambut iaitu rambut keriting dan rambut lurus bagi 30 orang pelanggan di sebuah salun.


Rajah 3

(a) Berdasarkan Rajah 3, lengkapkan Jadual 1. [2 markah]

Jadual 1


(b) Berdasarkan Jadual 1, lukis carta bar untuk menunjukkan bilangan pelanggan melawan jenis rambut. [2 markah]


(c) Berdasarkan pada carta bar di 3(b), nyatakan jenis variasi. [1 markah]


Jawapan:
(a)



(b)


(c) Variasi tak selanjar

Soalan 4:
Rajah 4.1 dan Rajah 4.2 menunjukkan suatu eksperimen untuk mengkaji kesan cahaya matahari ke atas kertas fotografi putih yang dilapis dengan argentum klorida.



(a) Berdasarkan Rajah 4.1, nyatakan warna kertas fotografi selepas terdedah kepada cahaya matahari. [1 markah]

(b) Nyatakan satu inferens bagi jawapan anda di 4(a). [1 markah]

(c) Nyatakan pembolehubah dalam eksperimen ini. [2 markah]
(i) Pembolehubah dimanipulasikan
(ii) Pembolehubah bergerak balas

(d) Nyatakan definisi secara operasi bagi kertas fotografi. [1 markah]


Jawapan:
(a) Kelabu

(b)
Kertas fotografi bertindak balas terhadap cahaya

(c)(i)
Kehadiran cahaya matahari

(c)(ii)
Perubahan warna pada kertas fotografi

(d)
Kertas fotografi ialah kertas yang bertukar menjadi kelabu apabila terdedah kepada cahaya matahari

Leave a Comment