Sains SPM 2017, Kertas 2 (Soalan 7 & 8)

Soalan 7:
Rajah 7.1 menunjukkan pelbagai kegunaan getah sintetik.

Rajah 7.1

(a) Berdasarkan Rajah 7.1, nyatakan kegunaan utama getah sintetik. [1 markah]


(b) Nyatakan dua ciri getah sintetik yang digunakan untuk membuat tapak kasut. [2 markah]

(c) Rajah 7.2 menunjukkan pembentukan getah tervulkan.

Rajah 7.2

(i) Apakah proses R? [1 markah]
(ii) Lukis struktur getah tervulkan dalam ruang yang disediakan pada Rajah 7.2. [1 markah]
(iii) Nyatakan satu sungsi sulfur dalam pembentukan getah tervulkan. [1 markah]


Jawapan:
(a) Tayar

(b)
1. Tahan haba
2. Keras
3. Kalis air
(Pilih mana-mana dua)

(c)(i)
Pemvulkanan

(c)(ii)



(c)(iii)
Untuk menghalang polimer getah daripada menggelongsor di antara satu sama lain.

Soalan 8:
Rajah 8.1 menunjukkan satu persamaan perkataan bagi proses pembuatan sabun.

Rajah 8.1

(a) Apakah nama proses pembuatan sabun tersebut? [1 markah]

(b) Berikan satu contoh bahanĀ X. [1 markah]


(c) Rajah 8.2 menunjukkan struktur satu molekul sabun.
Namakan bahagian Y dan bahagian Z dalam petak yang disediakan pada Rajah 8.2 menggunakan perkataan yang diberikan. [2 markah]

Rajah 8.2


(d) Seorang murid mendapati pakaiannya terkena kotoran.
Susun tindakan pencucian sabun berikut mengikut urutan yang betul dalam petak yang disediakan. [2 markah]



Jawapan:
(a) Saponifikasi

(b)
Minyak kelapa sawit

(c)
Y: Hidrofilik
Z: Hidrofobik

(d)