Sains SPM 2017, Kertas 2 (Soalan 5 & 6)


Soalan 5:
Rajah 5.1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji satu proses. penapaian.

Rajah 5.1



Persamaan perkataan di bawah mewakili tindak balas kimia dalam Rajah 5.1.


(a) Berdasarkan eksperimen tersebut,
(i) Apakah X?
(ii) Nyatakan satu ciri X. [2 markah]

(b) tandakan (\/) pada unsur yang boleh didapati dalam X. [1 markah]



(c) Namakan satu bahan yang boleh digunakan bagi menggantikan larutan glukosa dalam Rajah 5.1. [1 markah]

(d) Apakah kesan pengambilan alkohol secara berlebihan kepada organ S dan organ T dalam Rajah 5.2? [2 markah]

Rajah 5.2


Jawapan:
(a)(i)
Alkohol (Metanol/ Etanol/ Butanol/ Pentanol/ Propanol)

(a)(ii)
Tidak berwarna/ Larut dalam air/ Mudah terbakar
(Pilih mana-mana satu)

(b)
Karbon

(c)
Mana-mana jus buah.

(d)(i)
Kesan pengambilan alkohol secara berlebihan kepada organ S: Kerosakan otak/ Hilang keseimbangan/ Kabur penglihatan (Pilih satu)

(d)(ii)
Kesan pengambilan alkohol secara berlebihan kepada organ T: Keradangan hati/ Luka pada hati/ Sirosis (Pilih satu)



Soalan 6:
Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 menunjukkan label yang terdapat pada dua jenama sos cili yang berbeza.

Rajah 6.1



Rajah 6.2


(a) Berdasarkan pada Rajah 6.1 dan Rajah 6.2,
(i) Label makanan manakah yang mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985?
(ii) Berikan satu alasan bagi jawapan anda di 6(a)(i). [2 markah]

(b)(i) Bahan manakah yang digunakan sebagai bahan awet dalam sos cili jenama W?
(ii) Nyatakan satu fungsi bahan awet dalam 6(b)(i). [2 markah]

(c) Kedua-dua jenama menggunakan pewarna tiruan dalam produk mereka.
Adakah anda setuju dengan penggunaan pewarna tiruan dalam makanan?
Wajarkan jawapan anda. [2 markah]


Jawapan:
(a)(i)
Sos cili jenama V

(a)(ii)
Mempunyai tarikh luput.

(b)(i)
Cuka/ Natrium benzoate

(b)(ii)
Menghalang pertumbuhan bakteria

(c)
Setuju
– Menjadikan makanan lebih menarik
atau
Tidak setuju
– Menyebabkan kanser/ Merosakkan buah pinggang



Leave a Comment