Sains SPM 2017, Kertas 2 (Soalan 3)

Soalan 3:
Seorang murid menjalankan kajian untuk menentukan kesan fosforus ke atas pertumbuhan pokok orkid. Murid tersebut menggunakan kaedah aeroponik dengan menyembur larutan baja yang berbeza pada pokok orkid P dan pokok orkid Q dua kali seminggu.
Rajah 3 menunjukkan keputusan selepas dua bulan.

Rajah 3


(a) Berdasarkan pemerhatian anda, nyatakan satu perbezaan antara pokok orkid P dan pokok orkid Q. [1 markah]

(b) Pada pandangan anda, apakah jenis larutan baja yang digunakan pada pokok orkid P dan pokok orkid Q? [2 markah]

(c) Nyatakan satu hipotesis bagi kajian ini. [1 markah]

(d) Ramalkan apakah yang akan berlaku kepada pokok orkid P jika murid tersebut menggantikan larutan baja dengan air paip selama tiga bulan. [1 markah]


Jawapan:
(a)
Pokok orkid P mempunyai akar lebih banyak/ panjang.

(b)
Orkid P: Baja dengan fosforus
Orkid Q: Baja tanpa fosforus

(c)
Pokok orkid memerlukan fosforus untuk pertumbuhan sihat/ akar banyak/ panjang/ bunga besar.

(d)
Pertumbuhan pokok orkid P terbantut.

Leave a Comment