4.9.6 Sifat dan Kegunaan Logam dan Bukan Logam (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kekonduksian haba antara logam dan bukan logam.




Jadual menunjukkan masa yang diambil untuk paku tekan jatuh selepas kedua-dua rod dipanaskan.


(a) Nyatakan satu hipotesis untuk eksperimen ini. [1 markah]

(b) Nyatakan pembolehubah dalam eksperimen ini.
  (i) Pembolehubah dimalarkan [1 markah]
  (ii) Pembolehubah dimanipulasikan [1 markah]

(c) Berdasarkan Jadual, rod manakah adalah konduktor haba yang baik? [1 markah]

(d) Kaca adalah bahan bukan logam. Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi bukan logam. [1 markah]


Jawapan:
(a) Logam adalah konduktor haba yang lebih baik daripada bukan logam.

(b)(i) Jarak di antara paku tekan dan nyalaan, saiz nyalaan

(b)(ii) Jenis rod

(c) Rod kuprum

(d) Bukan logam didefinisikan secara operasi sebagai suatu konduktor haba yang lemah.



Leave a Comment