2.11.3 Koordinasi Saraf (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Rajah 1.1 menunjukkan seorang murid duduk bersilang kaki di atas sebuah kerusi. Seseorang rakan mengetuk secara perlahan bahagian bawah tempurung lutut murid itu dengan penukul getah.

Rajah 1.1

(a) Apakah yang berlaku kepada kaki murid itu selepas diketuk? [1 markah]

(b) Namakan jenis tindakan di 1(a). [1 markah]

(c) Nyatakan satu kepentingan tindakan di 1(b). [1 markah]


(d) Rajah 1.2 menunjukka bahagian Q yang mengawal tindakan di 1(b). Namakan bahagian Q. [1 markah]

Rajah 1.2

(e) Rajah 1.3 menunjukkan tiga jenis neuron.
Tandakan (√) pada kotak yang disediakan, neuron-neuron yang terlibat dalam tindakan di 1(b). [2 markah]

Rajah 1.3


Jawapan:
(a) Kaki murid itu tersentak ke atas.

(b) Tindakan refleks

(c) Untuk mengelakkan kecederaan

(d) Saraf tunjang

(e)




Leave a Comment